BENGKEL MALAYSIA QUALIFICATION FRAMEWORK (MQF) 2.0 OLEH PKPA

PENGKALAN CHEPA 19 January | Satu bengkel MQF 2.0 telah dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik, UMK pada 19 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, UMK Kampus Kota bermula jam 9.00 Pagi - 5.00 Petang. Objektif utama bengkel ini adalah untuk  memantapkan pengajaran dan pembelajaran kursus di UMK melalui pengimplementasian (Table 4), Student Learning Time (SLT), Scheme of Work (SOW) dan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) di bawah Malaysia Qualification Framework (MQF) 2.0. Bengkel telah dihadiri oleh Timbalan Dekan, Ketua Jabatan/Program dan Penyelaras Kursus, daripada setiap Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi.

Kursus ini dilihat memberi fokus kepada domain hasil pembelajaran, tahap-tahap kelayakan serta sektor kelayakan bagi tujuan mengarus perdana pendidikan Technical and Vocational Education and Training (TVET) di Malaysia melalui pengharmonian sektor TVET dan akademik.

Article and Photo: Dr Nor Hakimin Abdullah